Free Web Hosting Provider - Web Hosting - E-commerce - High Speed Internet - Free Web Page
Search the Web

Main Page
The Initiative/
Inisiatif Ini
History/
Latarbelakang
News/
Berita
The Candidate/
Calon
Information/Informasi
What you can
do to help
Dapatkah anda membantu?
Contact point
/Hubungi WCI
WCI Support Group
Page/Penyokong WCI
Links/Laman x2 lain
Counter
28

INISIATIF CALONAN WANITA

Inisiatif ini adalah jambatan antara penyertaan politik sebagai ahli parti dan aktiviti sosial melalui organisasi-organisai bukan kerajaan. Ianya adalah tentang menyediakan ruang untuk wanita melibatkan diri dalam politik, memperluaskan peluang-peluang yang sedia ada agar memberi kesan tinggi pada politik, agar rakyat Malaysia akhirnya terdiri dari golongan besar wanita yang berpengalaman dalam politik, yang kemudiannya akan dapat membuat pilihan mereka sendiri dalam menyalurkan kebolehan-kebolehan mereka. Pada masa ini, sekiranya anda hendak menyumbang secara politik, anda terpaksa membuat pilihan politik yang penting terlebih dahulu sebelum anda dapat peluang untuk mempelajarinya terlebih lanjut. Oleh kerana ia adalah proses yang menakutkan secara sendirinya, ramai wanita kadangkala memilih untuk menarik diri dari bidang politik pada peringkat awal lagi. Adalah menjadi harapan kami agar Inisiatif kami akan dapat membantu mengurangkan gejala takut pada politik ini dan seterusnya memudahkan penyertaan wanita secara meluas.

ICW sedar terdapat banyak makna dalam perkataan 'politik' ini. Berpegangan politik adalah satu cara yang mana kesemua lapisan masyarakat boleh berunding kuasa dan membuat keputusan bersama dan mempunyai suara dalam pengendalian urusan negara, tidak semestinya terhad kepada penyertaan politik di peringkat Parlimen. ICW dengan penuh kesedaran telah memilih untuk menumpukan perhatian pada politik di peringkat Parlimen agar wanita dapat menjana perubahan pada peringkat tertinggi dasar kebangsaan.

"Asas DEMOKRASI terletak pada prinsip bahawa KESAHIHAN kuasa untuk membuat keputusan mengenai kehidupan rakyat, masyarakat mereka dan negara mereka, mesti lahir dari pilihan yang dibuat oleh mereka yang terlibat".
Dr Frene Ginwala, Speaker Perhimpunan Kebangsaan Afrika Selatan.

"Dalam sebarang masyarakat dan keadaan, mereka yang paling menerima padah mesti bertindak membawa perubahan. Yang mempunyai hak istimewa akan meraut keuntungan, walaupun secara tidak disedari, dari sistem yang mengenepikan yang lain. Jadi, mereka tidak boleh diharapkan akan membuat perubahan yang akan menyingkirkan taraf istimewa mereka. Ianya terpulang dan bergantung kepada kita, kaum wanita."
Dr Frene Ginwala, Speaker Perhimpunan Kebangsaan Afrika Selatan.

Pada masa ini, sekitar 40,000 Menteri-menteri Parlimen membuat keputusan-keputusan yang mempunyai kesan terhadap kehidupan 5 billion penduduk. Hanya 4008 dari Menteri-menteri ini adalah wanita.
Dari "Women in Parliament: Beyond Numbers"

"Demokrasi, menurut definisi, tidak boleh mampu buta-gender (pembudayaan berdasarkan jantina)"
Azza Karam, International Institute for Democracy and Electoral Assistance (Institut Demokrasi dan Bantuan Pengundian Antarabangsa)




These pages are best viewed in Microsoft Explorer and Netscape Navigator.

© Copyright of WCI 1999