Free Web Hosting Provider - Web Hosting - E-commerce - High Speed Internet - Free Web Page
Search the Web

Main Page
The Initiative/
Inisiatif Ini
History/
Latarbelakang
News/
Berita
The Candidate/
Calon
Information/Informasi
What you can
do to help
Dapatkah anda membantu?
Contact point
/Hubungi WCI
WCI Support Group
Page/Penyokong WCI
Links/Laman x2 lain
Counter
28

Wanita merupakan setengah dari penduduk Malaysia. Wanita menyumbang usaha yang tinggi kepada negara. Tetapi adakah suara wanita kedengaran?

Inisiatif Calon Wanita bertujuan mempertingkatkan kedudukan wanita dengan menggalakkan penyertaan wanita dalam bidang politik.

Masih lagi terdapat undang-undang dan dasar yang mendiskriminasi terhadap wanita - seperti Akta Penjagaan Kanak-kanak, Akta Immigrasi, jadual potongan cukai.

Ibu tunggal menghadapi banyak kesulitan, terutamanya semasa ekonomi meleset. Apabila perkhidmatan diswastakan dan kos melambung, ibu tunggal yang rendah pendapatannya merasa terseksa.

Wanita merupakan hampir setengah dari tenaga pekerja, tetapi gaji bagi pekerjaan yang setaraf dengan lelaki masih tidak samarata.

Setiap hari di Malaysia, purata 4 kes sehari dilapurkan dimana wanita menghadapi keganasan, samada keganasan rumahtangga ataupun keganasan seks. Ini cuma kes-kes yang dilapurkan, dan tidak meliputi kes-kes gangguan seksual yang berlaku di tempat kerja.

Wanita kerap menghadapi kesulitan dalam mendapatkan perkhidmatan - samada untuk diri mereka sendiri ataupun untuk keluarga mereka. Kekurangan pengangkutan awam yang murah dan bermutu juga menjadi masalah bagi wanita.

Wanita merupakan setengah dari penduduk negara, dan hampir setengah dari tenaga pekerja, tetapi cuma segelintir yang menduduki jawatan-jawatan tinggi dalam kerajaan atau kepimpinan. Bekerja di rumah pula langsung tidak dikira sebagai kerja!

Apabila kekurangan air berlaku, atau semasa jerebu teruk ataupun semasa berlakunya pengusiran, ramai wanita yang terpaksa menanggung beban menjaga keperluan keluarga mereka.

Kita mahukan satu masyarakat yang menghormati setiap insan, tidak kira jantina, bangsa dan agama.
- Inisiatif Calon Wanita

Hentikan diskriminasi terhadap wanita. Wanita mahukan:

  • Satu sistem yang telus dan terbuka yang menghormati hak samarata antara lelaki dan wanita.
  • Sistem perundangan yang adil, bebas dan menghormati hak dan keperluan wanita.
  • Diskriminasi dan penganiayaan terhadap wanita dihentikan.
  • Peluang samarata untuk pekerjaan dan gaji yang saksama untuk kerja yang sama.
  • Perkhidmatan sosial dan perubatan yang bermutu dan mampu bagi semua.
  • Penglibatan yang lebih dalam pengurusan negara ini dan dalam bidang penggubalan undang-undang.

    APA YANG ANDA BOLEH LAKUKAN?

    ¨ Wakil rakyat kita bertanggungjawab untuk mewakili isu-isu rakyat. Bukan sahaja menjadi hak kita, malahan menjadi tugas kita untuk memastikan yang wakil-wakil rakyat mewakili kita. Hubungi wakil anda dan tanya mereka:

  • - Apakah yang telah mereka lakukan untuk lebih mengenali isu-isu dan masalah-masalah wanita?
  • - Adakah mereka mewakili isu-isu wanita dan bagaimanakah mereka akan mewakili wanita di persidangan Parlimen yang akan datang?
  • ¨ Sertailah inisiatif ke arah masyarakat yang lebih adil dan saksama bagi wanita.

    Samada anda seorang wanita atau lelaki, bersuaralah dan sokonglah hak saksama untuk wanita.

    Untuk maklumat lanjut:

    Inisiatif Calon Wanita,
    C/- Sahabat Wanita, 21 Jalan Muhibbah 8, Taman Muhibbah, 43000 Kajang, Selangor.
    Tel/Fax 03-8378380




    These pages are best viewed in Microsoft Explorer and Netscape Navigator.

    © Copyright of WCI 1999