Free Web Hosting Provider - Web Hosting - E-commerce - High Speed Internet - Free Web Page
Search the Web

Main Page
The Initiative/
Inisiatif Ini
History/
Latarbelakang
News/
Berita
The Candidate/
Calon
Information/Informasi
What you can
do to help
Dapatkah anda membantu?
Contact point
/Hubungi WCI
WCI Support Group
Page/Penyokong WCI
Links/Laman x2 lain
Counter
28

Voter Education

MARILAH BERSAMA-SAMA MENCIPTA SEJARAH

Wanita dan Lelaki Untuk Perubahan

1. Kita tidak perlu mengubah Kerajaan
Adakah anda sedang menerima perkhidmatan dan kemudahan yang anda patut terima? Adakah aduan, keperluan dan keprihatinan anda dianggap penting atau hanya dititikberatkan sebelum pilihanraya? Adakah kerajaan mengambil berat tentang semua penduduk Malaysia atau hanya segelintir masyarakat yang mempunyai perhubungan perhubongan yang baik? Ingatlah soalan-soalan ini bila anda mengundi. Undilah dengan bijak.

2. Undi saya cuma satu sahaja. Tidak banyak nilai. Berapa banyak yang boleh diubah oleh undi saya.
Setiap undi itu bernilai!Seseorang wakil rakyat boleh menang hanya kerana mendapat satu undi lebih. Undi ANDA boleh jadi undi yang mungkin akan membawa perubahan itu. Anda yang boleh membuat keputusan tentang kerajaan anda.

3. Wanita sepatutnya duduk di rumah, bukan memikirkan hal pilihanraya dan negara.
Wanita merupakan setengah dari penduduk Malaysia. Kita merupakan hampir setengah dari pekerja di kilang, di sektor perniagaan dan kerajaan di Malaysia. Wanita yang bekerja di rumah juga adalah pekerja. Kita menyumbang kepada pembangunan dan kejayaan negara. Wanita jmengambil tahu tentang apa yang berlaku kepada negara dan kerajaan. Undi kita menunjukan kita ambil berat.

4. Wanita tidak mempunyai masalah.
Kenapa wanita dibayar gaji yang kurang dari lelaki untuk kerja yang sama? Kenapa tidak ada kemudahan penjagaan kanak-kanak yang baik untuk membantu wanita dan lelaki? Kenapa ada undang-undang yang menguntungkan lelaki lebih dari wanita? Kenapa setiap hari di Malaysia, terdapat tidak kurang dari 4 wanita dianiayaai atau dirogol? Ini cuma kes-kes yang dilapurkan kepada polis. Anda sendiri mungkin tahu tentang kes-kes yang tidak dilapurkan.

KITA MAHUKAN SATU MASYARAKAT YANG MENGHORMATI SETIAP INSAN, TIDAK KIRA JANTINA, BANGSA, KELAS DAN AGAMA.

Mari lah bersama-sama mencipta sejarah, memilih sebuah kerajaan yang boleh membaiki kehidupan anak-anak kita.

Sila hubungi:
Inisiatif Calon Wanita
c/o Persatuan Sahabat Wanita,
21 Jalan Muhibbah 8,
Taman Muhibbah,
43000 Kajang,
Selangor.
Tel/Fax: 03-8378380
E-mail: women_candidate@yahoo.com
Web kami: http://www.candidate.freeservers.com




These pages are best viewed in Microsoft Explorer and Netscape Navigator.

© Copyright of WCI 1999